KLIK KLIK KLIK > BERAMAL DAN DAPAT HADIAH FREE!



Saturday, December 19, 2015

Panduan Terbitkan Karya/Novel Sendiri

Straight to the point. Panduan saya, panduan anda juga :)

1. Taip semula manuskrip bertulisan tangan kedalam bentuk softcopy. Anda boleh gunakan Microsoft Words atau Kingsoft Writer untuk tujuan ini. Taip menggunakan format ini:
    - Font Size: 12
    - Font Face/Type: Times New Roman
    - Line Spacing: Double Spacing

Diingatkan!
WAJIB taip semula manuskrip anda kedalam bentuk softcopy. Jangan malas. Tujuan taip semula kedalam bentuk softcopy ini adalah untuk memudahkan editor membuat kerja2 penyuntingan dan juga wordscount.

2. Pilih syarikat penerbitan mengikut genre manuskrip yang ditulis. Contohnya:

    Untuk genre thriller, urban atau noir - Mungkin FIXI atau Lejen Press
    Untuk tema cinta leleh dan jiwang karat - Karya Seni atau Kaki Novel.
    Tema cinta penuh konflik - Mungkin Alaf21 atau Buku Prima.
    Untuk tema kasih, sayang, patuh, syariah - Galeri IlmuPTS atau Jemari Seni.

3. Dapatkan contact number editor syarikat penerbitan tersebut, atau emailnya. Boleh cuba berhubung dengannya, nyatakan hasrat untuk menghantar manuskrip karya.

Ada editor rumah penerbitan akan meminta anda menghantar proposal karya terlebih dahulu. Ada juga yang meminta dihantarkan manuskrip penuh terus. Biasanya akan minta dihantar dalam bentuk softcopy dan ada juga dalam bentuk printing kertas berjilid.

Dan nanti, editor akan membantu dan menerangkan kepada anda langkah serta prosedur seterusnya.

3 comments:

lazy cooks said...

Nak tanya satu soalan.. ( harap dijawab )

Rasa-rasa fixi nak double spacing tak?

And ada had umur untuk penulis?

lazy cooks said...

1 more thing..Biodata kena jugak ke? Thanks ;)

Dewi Aja said...

Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)