KLIK KLIK KLIK > BERAMAL DAN DAPAT HADIAH FREE!



Thursday, November 24, 2011

Aneh tapi Lucu





Pada 1885 Arthur Law menulis sebuah drama pentas mengisahkan tentang kesengsaraan seorang lelaki bernama Robert Golding mangsa sebuah kapal karam.Nama kapal itu ialah Caroline.Tidak lama selepas drama itu dipentaskan, sebuah kapal bernama Caroline betul2 karam dan cuba teka siapa mangsa yg terselamat? Yeah, Robert Golding !






Pada awal 1938,AJ Talbot menulis sebuah drama pentas komedi bertajuk Chez Boguskovksy.Mengisahkan seorang lelaki bernama Boguskovksy mencuri lukisan dari Muzium Louvre di Paris,Perancis.15 Ogos 1993, sebuah lukisan betul2 telah dicuri di muzium Louvre.Nama pencuri itu Boguskovksy !






Semasa menulisnovel bertajuk Barbary Shore,Norman Mailer langsung tidak merancang untuk memasukkan perisik Rusia dalam wataknya.Apabila penulisannya semakin panjang,Mailer rasa novel akan menjadi tegang dan menarik jikadia memasukkan perisik Rusia yg mengintip AS sebagai watak sampingan.Tidak lama, watak itu menjadi domain dan menarik.Tidak lama selepas novelnya diterbitkan,Jabatan Imigresen AS menaan seorang lelaki bernama Kolonel Rudolf Abel kerana mengintip bagi pihak Rusia.Apa yang mengejutkan, Abel menyewa rumah ditingkat atas apartmen yg didiami Mailer!dan Mailer langsung tak tahu yg dia berjiarn dgn ejen KGB.






Ketika menghuraikan tentang mazmur(nyanyian memuji Tuhan) dlm kitab tua Rig Veda,seorang Ilmuwan India bernama Sayana berkata "dengan perasaan hormat yg mendalam, aku bersujud kpd matahari yang mengembara 2202 yojana dalam setengah nimesha".1 yojana=9 batu dan 1nimesha=16/75 saat.Ambil kalkulator dan kira 2202 yojana x 9 batu x 75 -8 nimesha = 185,794 batu sejam.Aneh,bagaimana seorang Ilmuwan yang mati pada tahun 1387 boleh mengetahui kepantasan cahaya matahari.Kalau ia kebetulan, ia kebetulan paling menakjubkan dlm dunia Sains kerana kepantasan cahaya matahari mula diukur pada tahun 1675 dan cuma diketahui dengan tepat beberapa kurun selepasnya !






Pada 1899 seorang lelaki mati serta merta kerana dipanah petir ketika berdiri dibelakang dirumahnya di Taranto,Itali.30 tahun kemudian anaknya pula mati dipanah petir ditempat yang sama.Pada 8Oktober 1949,cucu lelaki mangsa pertama dan anak mangsa kedua tadi,Rola Primarda turut mati ditempat sama sebab dipanah petir !






Satu lagi kebetulan meninggalkan misteri,pada 5 Disember 1664, sebuah kapal karam ketika melintasi Selat Menai di Wales.Daripada 81 penumpangnya ,cuma seorang sahaja yg terselamat namanya Hugh Williams.Pada 5 Disember 1785,sebuah lagi kapal karam di Selat itu dan dari 60 orang penumpang cuma seorang yg terselamat namanya Hugh Williams.Tanggal 5 Dismeber 1860,sebuah kapal membawa penumpang seramai 25 orang karam di Selat itu dan seorang yg terselamat.Cuba teka siapa dia? Ya ! namanya Hugh Williams !Dan ketiga2 mangsa yg terselamat diatas bukan orang yg sama !






Pada 13 Februari1746,seorang lelaki Perancis bernama Jean Marry Dubarry dihukum gantung kerana membunuh bapanya.Genap 100 tahun selepas itu (13 Februari 1846) seorang lagi lelaki Perancis dihukum gantung kerana membunuh bapanya sendiri ! 






Claude Volbonne telah membunuh seorang lelaki Perancis bernama Baron Rodemire de Tarazone.Pada 1872.Fakta menariknya,21 tahun sebelum itu, bapa Baron telah dibunuh seorang lelaki lain bernama Claude Volbonne !






Juga tentang pembunuhan, 26 November 1911,3 lelaki digantung di GreenBerry Hill, London selepas didapati bersalah membunuh Sir Edmund Berry.Nama ketiga-tiga pesalah itu ialah Green,Berry dan Hill (Robert Green, Henry Berry , Lawrence Hill) !!

4 comments:

susulemakmanis said...

hehe..mmg lucu tp aneh!

aKMaL rAhMatjjj said...

haha.kebetulan sumenye !

paihujey said...

macam2 kebetulan plak tu..haha

sudikan membantu saya untuk memenangi iPad 2 dengan menekan butang Tweet, Like dan +1 di akhir entry ini..
http://paihujey.com/blog/apakah-gadget-impian-pilihan-aku/

Anonymous said...

mcm csi la pulak :)