KLIK KLIK KLIK > BERAMAL DAN DAPAT HADIAH FREE!



Saturday, December 19, 2015

Panduan Terbitkan Karya/Novel Sendiri

Straight to the point. Panduan saya, panduan anda juga :)

1. Taip semula manuskrip bertulisan tangan kedalam bentuk softcopy. Anda boleh gunakan Microsoft Words atau Kingsoft Writer untuk tujuan ini. Taip menggunakan format ini:
    - Font Size: 12
    - Font Face/Type: Times New Roman
    - Line Spacing: Double Spacing

Diingatkan!
WAJIB taip semula manuskrip anda kedalam bentuk softcopy. Jangan malas. Tujuan taip semula kedalam bentuk softcopy ini adalah untuk memudahkan editor membuat kerja2 penyuntingan dan juga wordscount.

2. Pilih syarikat penerbitan mengikut genre manuskrip yang ditulis. Contohnya:

    Untuk genre thriller, urban atau noir - Mungkin FIXI atau Lejen Press
    Untuk tema cinta leleh dan jiwang karat - Karya Seni atau Kaki Novel.
    Tema cinta penuh konflik - Mungkin Alaf21 atau Buku Prima.
    Untuk tema kasih, sayang, patuh, syariah - Galeri IlmuPTS atau Jemari Seni.

3. Dapatkan contact number editor syarikat penerbitan tersebut, atau emailnya. Boleh cuba berhubung dengannya, nyatakan hasrat untuk menghantar manuskrip karya.

Ada editor rumah penerbitan akan meminta anda menghantar proposal karya terlebih dahulu. Ada juga yang meminta dihantarkan manuskrip penuh terus. Biasanya akan minta dihantar dalam bentuk softcopy dan ada juga dalam bentuk printing kertas berjilid.

Dan nanti, editor akan membantu dan menerangkan kepada anda langkah serta prosedur seterusnya.

Friday, December 18, 2015

Cara untuk hilangkan kotoran di seterika.




Cara untuk hilangkan kotoran di seterika.
1-letak garam atas surat khabar
2-panaskan seterika
3-gosokan seterika atas garam tadi sehingga berkilat. Boleh lakukan sendiri di rumah

Selamat mencuba!smile emoticon

Thursday, December 17, 2015

Royalti Dan Honorium Hasil Penulisan


[Jika anda mempunyai manuskrip dan berminat untuk menerbitkan buku bersama CETUSAN IDEA PUBLICATIONS, sila layari http://ideapublications.blogspot.com]

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Semoga Tuan dan Puan berada dalam keadaan sihat dan walaifiat serta sentiasa dikurniakan dengan keberkatan rezeki setiap masa. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan sebaik-baik hari ialah hari kematian kita iaitu apabila malaikat maut datang menjemput kita menghadap Yang Maha Pencipta. Pada kali ini, saya ingin berkongsi bersama dengan anda semua mengenai ‘Royalti dan Honorium Penulisan’. Sebelum ini, saya puas mencari mengenai berapakah royalti atau honorium penulisan bagi seseorang penulis sehinggalah saya menjumpai perkara ini di dalam buku Menjadi Penulis Jutawan tulisan Nimoiz T Y. Menarik juga untuk kita berkongsi bersama mengenai perkara ini.

“Idea yang terlintas dalam fikiran janganlah disimpan, sebaliknya pindahkanlah ke dalam bentuk penulisan yang mungkin idea baru yang tidak terfikir oleh orang lain. Inilah langkah pertama untuk menjadi penulis.” Norizan Muslim

Apabila disebut royalti atau honorium penulisan, ia merupakan salah satu sumber pendapatan pasif di mana wang yang bekerja untuk anda. Tidak kira anda buat setiap hari, setiap bulan hatta setiap tahun sekalipun, duit tetap masuk ke dalam poket anda. Bak kata penulis terkenal iaitu Zamri Mohammad, “Buat buku sekali, dapat duit berkali-kali.” Berlainan pula dengan pendapatan aktif, anda perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Sekiranya anda tidak bekerja, wang tidak akan masuk ke dalam poket anda.

Menulis juga dapat menjana pendapatan pasif kepada kita semua selain bidang hartanah, pelaburan tetap dan sebagainya. Ia juga dapat memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang menceburinya. Setiap sesuatu pasti ada ranjaunya. Sekiranya anda gagal dalam bidang penulisan, teruskan usaha anda lagi. Orang yang berputus asa itu bukanlah disebabkan dirinya gagal dalam sesuatu perkara tetapi orang yang berputus asa itu adalah orang yang tidak mampu bangkit semula daripada kegagalannya.

Sebelum itu, ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa kita juga dibayar saguhati apabila kita menghantar surat pembaca dan ia disiarkan dalam sesebuah majalah. Contohnya,Dewan Sastera membayar RM80 untuk surat pembaca yang tersiar. Bayaran untuk Berita Bahasa dalam majalah Pelita Bahasa juga cukup lumayan, iaitu RM50 walaupun anda hanya menulis lima baris. Jika anda seorang wanita dan dan mengemukakan pertanyaan tentang dunia kecantikan kepada sesebuah majalah, anda mungkin akan dihadiahi set alat penjagaan kecantikan.

“ Bayangan kejayaan akan menjelma sekiranya penulis muda tidak mengaku kalah. Sifat mudah mengaku kalah sememangnya mudah. Yang sukarnya adalah untuk bangun semula selepas kekalahan itu. Penulis muda haruslah berpegang kepada prinsip biar kalah tetapi jangan mengalah.” Zaharuddin Abdul Rahman

Berapa royalti bagi sesebuah buku penulisan novel?

Harga sesebuah bagi buku adalah dijual sekitar RM10 hingga RM20 bagi novel sekitar 250 hingga 300 halaman. Pembayaran royalti adalah bergantung kepada perjanjian penerbitan. Ada penerbit yang menawarkan royalti sebanyak 7 peratus daripada harga buku. Ada yang menawarkan 10 peratus. Ada juga yang menawarkan RM20 bagi sebuah buku. Pulangannya adalah cukup lumayan. Jika cetakan pertama novel anda ialah 25,000 unit, dan anda mendapat sebanyak RM2 untuk setiap unit. Maka, anda mendapat royalti sebanyak RM50,000 jika buku anda laku kesemuanya. Ini tidak termasuk bagi cetakan pertama, kedua dan seterusnya. Jika anda mampu menyiapkan sebuah novel setiap tahun dan cetakan dua kali, dalam masa 10 tahun, anda akan menjadi jutawan.

Berikut merupakan contoh kadar royalti bagi penerbit PTS:
i.    7% daripada harga runcit buku (1 – 5,000 naskah yang terjual).
ii.   10% daripada harga runcit buku (5,001 – 10,000 naskah yang terjual).
iii.  11% daripada harga runcit buku (10,000 naskah ke atas yang terjual).
Berapa honorarium bagi sesebuah buku penulisan rencana?

Di Malaysia, terdapat lebih kurang 250 majalah dan akhbar yang kebanyakannya menyiarkan rencana. Dari segi bayaran, puratanya anda akan mendapat sekitar RM200 – RM250 sebuah. Sekiranya anda dapat menyiapkan rencana satu rencana seminggu dan empat rencana sebulan, anda akan mendapat pendapatan sampingan sebanyak RM1,000 sebulan. Anda boleh menghantar rencana kepada majalah ternama seperti Dewan BahasaDewan BudayaDewan MasyarakatDewan Sastera ataupun akhbar utama seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Berapa honorarium bagi sesebuah buku penulisan cerpen?

Bagi penulis muda, anda akan dibayar honorarium sebanyak RM200 bagi majalah Dewan Sastera dan Pelita Bahasa. Untuk cerpen tema mudah seperti Mingguan Wanita pula, anda akan dibayar sebanyak RM60. Bagi akhbar utama pula seperti Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, bayarannya ialah RM150 sebuah. Begitu juga dengan majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. iaitu majalah URTV yang menerima RM150 bagi setiap cerpen yang disiarkan.

“When my second book “The Millionaire in Me” was released, the royalty cheques did not just double – they tripled! This is very nice, considering that I was doing what I loved – writing. So now, I have thirteen books which are all selling like pisang goreng. The royalty cheques have jumped like kangaroos on steroids. I eraned over RM750,000 from my books in 2004 and over RM1 million in 2005. These figures will only increase as the number of books increase.” Azizi Ali, Trainer Jutawan

Berapa honorarium bagi sesebuah buku penulisan puisi?

Bayaran untuk sebuah puisi adalah antara RM20 sehingga RM150 untuk setiap buah. Misalnya, majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka membayar RM100 untuk sebuah sajak yang tersiar. Akhbar Berita Minggu pula membayar RM20 sebuah. Begitu juga dengan Metro Ahad dengan bayaran RM20 bagi satu puisi yang tersiar. Majalah Dewan Siswa pula pernah membayar sebanyak RM25 dan RM30 sebuah.

Setakat ini dahulu perkongsian saya pada kali ini. Pekara ini boleh menjadi panduan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis ataupun ingin menjana pendapatan. Anda harus ingat bahawa sekiranya anda berkecimpung sesuatu, apabila anda mengejar kepuasan, wang akan datang dengan sendirinya. Jika anda mengejar wang, ada kemungkinan wang itu tidak akan datang kepada diri anda. Fikir-fikirkanlah.

Sekian, terima kasih.

Repent Lyric (Farid Sanullah)


Kautsar Mukhlas

Assalamu’alaikum. Here’s the LYRIC. Since I got this by literally listening to the song, pardon me for any mistakes. May Allah bless us. Repent Lyric (by Farid Sanullah) Time and time again I do sin I'm looking at the state I am in My days are filled to distractions* I'm falling into temptation You are there, You are always there The One and Only who really cares All I beg is for Your pardon The doors open to Your garden From the wrong I try to go back to the right You and I We must try with all of our might We must not give up No, no, no, no Never ever give up No, no, no, no, no Don’t surrender, No, no, no, no We must never give up No, no, no, no, no, no, no, no~~~ Na, na, na, na, na~, na, na, na, na Time and time again I do sin I'm looking at the state I am in My days are filled to distractions* I'm falling into temptation From the wrong I try to go back to the right You and I We must try with all of our might We must not give up No, no, no, no Never ever give up No, no, no, no, no Don’t surrender, No, no, no, no We must never give up No, no, no, no, no, no, no No matter what** You do what you do** Keep coming back Time after time (after time after time after time) We must not give up No, no, no, no Never ever give up No, no, no, no, no Don’t surrender, No, no, no, no We must never give up No, no, no, no, no, no We must not give up No, no, no, no Never ever give up No, no, no, no, no Don’t surrender, No, no, no, no We must never give up No, no, no, no, no, no, no, no~~ *For this part, I’m not sure if it should be... 1) My days are filled to destructions, or 2) My days are filled the distractions, or 3) My days are filled to distractions (as in the lyric above) Basically, to distraction means to the state of being very bored or annoyed ** For this part, I’m not sure if it should be... 1) “No matter what you do (what you do) <- repeating the phrase, or 2) “No matter what,     You do what TO do”, or 3) “No matter what,     You do what YOU do (as in the lyric above) Allahu’alam. Please correct me if I’m wrong.

Kautsar Mukhlas

Hantar Karya Penulisan Ke Sini! (Variasi link)

Untuk mereka yang ingin menceburi bidang penulisan, ingin saya katakan bahawa BLOG adalah tempat terbaik untuk mencurahkan idea penulisan anda. Anda bebas berkarya tanpa halangan! BLOG juga menjadi satu medan latihan sebelum anda bergelar penulis terkenal! Untuk menerbitkannya pula, anda boleh rujuk penerbitan di bawah :
Hantar Karya Novel/Buku


1.  Penerbit Buku Prima mencari manuskrip :

- Buku Kanak-kanak
-Awal Remaja
-Dewasa
-Buku Umum

( Ketahui maklumat lanjut mengenai kriteria manuskrip tesebut dan cara hantar manuskrip di SINI )


2. Mahu Jadi Penulis di Fajar Pakeer?

* Fajar Pakeer menerbitkan manuskrip ;

-FP Junior
-Novel pelbagai genre

( Ketahui maklumat lanjut mengenai kriteria manuskrip dan cara hantar manuskrip di SINI )


3. Panduan Menulis di Jemari Seni - Novel Umum

*Jemari Seni menetapkan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh penulis. Ini panduan untuk novel umum. Ikut cara-cara seperti ;

- Peringkat I
-Peringkat II

( Ketahui maklumat lanjut mengenai kriteria manuskrip dan cara hantar manuskrip di SINI )


4. Penerbit Kaki Novel

* Bagi penulis yang berminat untuk menulis manuskrip tentang cinta, boleh ajukan karya anda. Ikuti syarat-syarat yang dinyatakan untuk meringankan kerja penulis.

( Ketahui maklumat lanjut mengenai kriteria manuskrip dan cara hantar manuskrip di SINI  )


5. Penerbit Must Read Sdn Bhd

* Penerbit tersebut sedang mencari manuskrip berikut ;

-Keagamaan
-Motivasi
-Bisnis dan Perniagaan
-Novel Islami
-Novel kanak-kanak

( Ketahui maklumat lanjut mengenai cara hantar manuskrip di  SINI )


6. Hantar Karya Ke Penerbit Karnadya

*Penerbit tersebut menerbitkan manuskrip ;

-Dewasa
-Remaja 
-Awal Remaja.

(Ketahui maklumat lanjut mengenai cara hantar manuskrip di SINI )


7. Penerbit NB Kara Sdn Bhd

* Syarat-syarat jadi penulis di NB Kara perlu dipatuhi untuk menjadi penulis di NB Kara. Ketahui maklumat lanjut mengenai syarat-syarat, peraturan dan perjanjian serta cara hantar manuskrip di  SINI  


8. PTS One Juga Mencari Penulis 

* Yang menghasilkan manuskip berikut ;

-Fantasi 
-Humor
-Sains Fiksyen
-Sukan / hobi


( Ketahui maklumat lanjut mengenai proposal dan cara hantar manuskrip di SINI )


9. Telaga Biru Sdn. Bhd. 


* Mencari penulis yang mahukan ajukan mansukrip seperti ;

 -Agama
- Motivasi
-Kemahiran / Hobi
- Novel dewasa, remaja dan kanak-kanak
-Travelog
- Biografi
-Ensiklopedia
-Skrip dalam Bahasa Inggeris
-Tafsir al-Quran
-Komik
-Buku untuk kanak-kanak

( Ketahui maklumat lanjut mengenai cara hantar manuskrip dan persediaan mansukrip di SINI )



10. Kumpulan One Nusantara 


*Mencari manuskrip bertemakan :


-Misteri &  penyiasatan
-Cinta remaja
-Seram 
-Sains fiksyen


(Dapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat menulis dan cara penghantaraan manusrkrip di SINI ) 


11. Karya Bestari Sdn Bhd


*Mencari manuskrip bertemakan :


- Islamik


(Dapatkan maklumat selanjutnya di SINI )


12. Penerbit JSADIWARNA mencari manuskrip :


*Manuskrip yang terdiri daripada :


1. Buat Orang Muda ( DOM )
Genre :
-Misteri
-Teladan
-Fantasi
-Sains fiksyen
-Ekspedisi
-Kreatif


*Panjang manuskrip antara 150-250 halaman


(Dapatkan maklumat lanjut tentang Panduan penulis di SINI )


2. Si Manis 17


-Tema bebas. Hendaklah mengangkat nilai-nilai islam, nilai moral dan pengajaran.


(Dapatlan maklumat lanjut di SINI )


13. Blue T Publication Sdn Bhd :


*Manuskrip bertemakan :


- Novel Teladan
-Novel Motivasi dan novel Islam
-Novel Ana Solehah
-Novel Adventure Mia dan Kia


(Klik Blue T atau Ana Muslim untuk mendapatkan emel editor. Segala Pertanyaan mengenai manuskrip, boleh emel saja kepada editor )


14. Dewan Bahasa dan Pustaka :


*Mencari manuskrip :


-Novel dewasa
-Novel remaja
-Novel kanak-kanak
-Buku berilustrasi kanak-kanak
-Kamus bergambar


( Dapatkan maklumat Tatacara Untuk Menghantar Manuskrip di laman web DBP )




Hantar Karya Puisi/Sajak/Cerpen

(melalui emel )

  1. Berita Minggu/ Berita Harian bhsastera@nstp.com.my
  2. Mingguan Malaysia : labuan02@yahoo.com
  3. Sastera.Net : sastera.net@gmail.com / deewaqaf@gmail.com
  4. Tunas Cipta :  ghanig@dbp.gov.my ( editor Abdul  Ghani Abu ) / sitinoorisa@dbp.gov.my ( editor Siti Noorisa bt Abdul Khill )
  5. Dewan Siswa :  jun@dbp.gov.my ( editor Junaidah Ahmad Ghazali ) / khirudin@dbp.gov.my ( editor Khiruddin Abdullah )
  6. Dara.com : siti.nurazlina@karangkraf.com.my
  7. Harian Metro : wanitametro@hmetro.com.my / puisimetro@hmetro.com.my
  8. Mingguan Warta Perdana : kkth07@streamyx.com / hellobolly@yahoo.com ( editor Zaini Zaa )
  9. Remaja : nur.natasha@karangkraf.com.my / wan.erni@karangkraf.com.my
  10. Nur : salina.ibrahim@karangkraf.com.my
  11. Utusan Jawi jawi55@yahoo.com.my
  12. Fokus SPM : muhd.azman@karangkraf.com.my
  13. Dewan Bahasa : zaidi_i@dbp.gov.my ( editor Zaidi Ismail )
  14. Metro Perdana editor_kl@yahoo.com
  15. Harakah : sastera.harakah@gmail.com 
  16. Kuntum : kuntum@thestar.com.my
  17. Dewan Masyarakat : aminah@dbp.gov.my / shamsiah@dbp.gov.my
  18. Dewan Sastera : fadlidewansastera@gmail.com ( editor Muhammad Fadli al-Akiti )
  19. Dewan Ekonomi : armin@dbp.gov.my (editor Armin Azhari Saleh ) / roziaham@dbp.gov.my ( editor Roziah Ahmad Moin ) 
  20. Dewan Kosmik : norizan2@dbp.gov.my ( editor Norizan Muslim ) / jsuria@gov.my ( editor  Suria Janib )
  21. Dewan Budaya : shukri_m@dbp.gov.my ( editor Mohd Shukri Mohd Ariff ) / asri_m@dbp.gov.my ( editor Mohd Asri Mohammad )

*yang diwarnakan warna HIJAU, boleh hantar karya cerpen/ puisi. 
*yang diwarnakan warna KUNING, boleh hantar karya puisi sahaja.


[ Emel tersebut hanya untuk urusan menghantar karya sahaja. Lebih daripada itu, tidak akan dilayan. Harap anda tidak memeningkan pihak editor membuka emel yang tidak berkenaan. Adalah lebih molek jika saudara mendapatkan majalah/akhbar tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui ruangan yang berkenaan samada cerpen atau puisi atau kedua-duanya sekali]




Hantar Karya Puisi/Sajak/Cerpen
(melalui pos )
jikalau melalui pos, lampirkan surat rasmi menyatakan Memohon Menyiarkan Karya Puisi/Cerpen ]

Majalah Jelita :
Berita Publishing Sdn Bhd,
16-20, Jalan 4/109E, 
Desa Business Park, 
Off Jalan Klang Lama,
81000 Kuala Lumpur. 

Majalah Wanita :
Pengarang Majalah Wanita, 
Lot 6, Jalan P/10, 
Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Majalah URTV :
Pengarang URTV, 
Lot 6, Jalan Perusahaan Bangi,
Seksyen 10, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.



Makluman tambahan sertakan juga biodata ringkas seperti nama penuh, alamat lengkap, nombor kad pengenalan, nombor telefon, emel dan nombor akaunbagi urusan pembayaran mengikut media percetakan.

Latest update! Anda juga boleh menghantar karya anda ke Karya Seni. >KLIK<