Berita baik untuk warga negeri Selangor! Kerajaan Selangor telah melancarkan program khusus untuk belia warga negeri Selangor yang berkahwin.
Insentif yang pada mulanya sebanyak RM200 sahaja kini telah dinaikkan menjadiRM500 seorang (RM1000 untuk pasangan)
Adakah had gaji/pendapatan untuk layak memohon insentif ini?
TIDAK! Tiada sebarang had pendapatan dikenakan ke atas pemohon.
Syarat-syarat kelayakkan:
1. Terbuka kepada semua kaum
2. Tiada sebarang had pendapatan.
3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Taman)
4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.
5. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.
6. Perkahwinan kali pertama sahaja.
7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013.
9. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah (bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam)
Dokumen apa yang perlu saya sediakan?
Borang permohonan mestilah disertakan dengan:
1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
2. Sijil Nikah pemohon beragama Islam ATAU
3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan pemohon bukan Islam.
4. Salinan muka depan buku simpanan Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam.
(Dokumen Sokongan perlu dihantar dalam tempoh dua (2) minggu dari Tarikh Pendaftaran Online (Dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh nikah / daftar perkahwinan).
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat permohonan secara online, sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment